BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 27, 2009

Semester Baru!!

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai kepada semua pengikut blog ini. Maaf, andai kalau lambat update post yang terkini. Maklumlah, semester baru bermula dan sangat sibuk menguruskan pendaftaran subjek dan kelas untuk semester ini sampai tak sempat untuk post yang baru. Maafkanlah dirini kalau boleh.

Sebenarnya, kalau diikutkan pun memang dirini sangat sibuk pun dalam minggu ni. Ialah, baru masuk kampus dah kena keluar bercuti kembali. Bukan nak sangat balik tapi ialah, permintaan ibubapa yang nak anak dia sorang ni balik teman mereka pergi ke kenduri kahwin anak saudara mereka di johor sana. Letih memang letih, bertolak malam jumaat dan pagi sabtu dah kene bertolak ke johor. Dahla dari perak nun, nak ke johor mahu patah pinggang duduk dalam bas dan kereta. Almaklumlah dirini cuma ada motor je itupun kalau balik naik motor dah memang konpem patah terus pinggang ni. Tapi pape pun, memang best balik kampung ni, kita rewang ramai-ramai dengan kaum keluarga. Bukan selalu jadi memang kalau dah dapat balik sekali-sekala tu memang meriah sangatlah dahla dapat nyanyi dua tiga lagu hehe. Pape pun, selamat pengantin baru kepada kakak saudara, tahniah kak nani hehe, cepat-cepat dapat anak ye, dapat anak saudara lagi aku gamaknya hahaha.

Dah abis meraikan kenduri dua hari tiga malam, kena balik ke kampus balik. Tapi yang tak best balik ni, macam-macam perkara menunggu kat kampus nun. Aduh, bilalah boleh masalah ni pergi jauh sekejap. Harap, segala masalah ni nanti dapat diatasi dengan senang hendaknya, doaklanlah dirini ye kalau boleh.

Oklah, nampaknya sampai sini sahajalah dirini dapat update blog ni kalini. Nak kena bersiap ni, nanti jam berapalah sampai ke perak ni huhu mati aku dekat enam jam dalam keta. Oklah, chow dulu kepada semua pembaca blog ni kalau ade hehe.

Salam semua,
Benji_1629

Friday, January 16, 2009

Salam dan maaf...


Asalamualaikum dan selamat pagi...

Em, actually nothing to say but, rasanya ada benda untuk dibicarakan bersama. Baru-baru ini datuk kesayanganku, telah menghidapi stroke kali kedua and then mase balik urgent, dalam hati rasa macam dah tak sempat nak jumpa tapi, alhamdulilah atuk masih ada dan cuma kami ahli keluarga diwajibkan jaga atuk. Rasa sedih dan terkilan dalam hati, iyalah, waktu kecil dia yang jaga, then when this happenend, tak dapat untuk jaga atuk sepertimana atuk jaga. Tanggungjawab pada mak dan abah, then for my study, yang akan bermula kembali ahad ni, fuh, tensen bangat aku bila fikirkan semua benda ni. Nak jaga atuk sampai bila-bila kalau boleh, tapi tak dapat kerana ada tanggungjawab yang lain. Memang rasa sedih dan terkilan.

Bukan hendak mengata dan bangga diri, tapi iyalah, kenapa hendak bersedih waktu atuk mula-mula sakit dulu then bile time tuk jaga atuk, semua beri alasan. Ye, memang kena kerja, ada anak yang hendak dijaga, tetapi tanggungjawab tetap tanggungjawab. Jagalah orang tua yang sedang terlantar sakit tu, bukan apa, esok lusa belum tentu dia masih ada tok kita jaga dan ambil berat tentang atuk tu. Em, ntahla, nak kata tak sedih, dulu iya-iya nangis, tapi bila dah dekat 2 bulan atuk sakit, seolah-olah jadi macam atuk tak sakit dan atuk boleh jaga diri sendiri. Em, geram betullah.

Ni, nak buka balik sem, entah bila dapat balik dan jaga atuk. Mungkin tak jaga sepenuhnya, tapi kalau datang selang sehari atau 2 hari, boleh juga hilangkan rasa terkilan dalam hati tak dapat jaga atuk. Nak jaga atuk dan bersama family dalam waktu-waktu begini, tapi entahlah takdir Allah S.W.T telah ditetapkan begitu. Dirini akur dan redha pada takdir hidup ini. Walau apa pun, dirini berharap yang dirini masih sempat balik dan jaga atuk dan diharap sangat-sangat, dapat bersama pada waktu-waktu terakhir atuk. Bukan mendoakan atuk pergi cepat, but, I want to be there, beside him, fulfill my responsibilty as his grandchild and as a Muslim. Moga, hasrat hati ini dapat terlaksana, insyaAllah dah sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Amin.

Dahlah, ini jelah kut update untuk waktu ni. Maaf kalau de tersalah kata.
Salam.
Benji_1629

Monday, January 5, 2009

Siapkah yang lebih bersalah?

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Maafkan dirini andai lambat menghantar sebarang maklumat di dalam blog ini. Maklumlah, sesi persekolahan telah bermula, pelbagai urusan hendak dilakukan sebagai seorang abang. Bermula dari membeli barang kelengkapan sekolah sampailah kepada urusan membayar yuran dan sebagainya. Maafkanlah diri ini andai lambat menghantar maklumat terkini.

Baru-baru ini, bukanlah baru tetapi telah dua minggu lamanya berita tentang kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin di bumi arab disiarkan baik di dada akhbar atau pun di kaca televisyen disiarkan. Melihatkan kekejaman tentera Israel membuatkan dirini berasa amat marah dan geram kerana mereka melancarkan serangan bukanlah kepada pihak Hamas tetapi adalah kepada rakyat Palestin yang tidak berdosa. Adakah rakyat Palestin yang masih kanak-kanak dan yang telah tua uzur mampu memegang senjata dan melancarkan kepada pihak Israel, ia adalah amat tidak rasional sekali. Jadi, dimanakah kebenaran kata-kata daripada pihak Israel yang mengatakan bahawa mereka melancarkan serangan kepada tentera Hamas. Dimanakah kebenarran kata-kata mereka itu? Jadi ternyatalah telah pihak Israel telah berbohong sama sekali.

Tetapi, di sini saya, bukanlah hendak mengatakan tentang kekejaman pihak Israel, tetapi lebih kepada keadaan semasa. Saya membaca di dalam akhbar, menonton di telivisyen, tetapi apa yang dapati saya lihat adalah bahawa, kita sebagai masyarakat dunia hanya menyaksikan dan selepas itu menjerit di jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati tentang tindakan pihak Israel tetapi apakah yang sepatutnya kita lakukan. Kita mengatakan bahawa kita sedih dengan kejadian yang menimpa, menyalahkan mereka yang menyerang tetapi selepas itu apa yang kita lakukan, duduk dan makan bersama ahli keluarga dengan rasa gembira. Dimanakah kebenaran kata-kata kita bahawa kita sedih, kita marah tapi pada hakikatnya, di dalam hati kita, kita hanya menipu diri kita dan masyarakat. Kita hipokrit, kita penipu dan kita pendusta. Jadi sekalian, walau bagaimana kita meluahkan kita sedih dan marah terhadap pihak Israel yang menyerang dan membunuh, andai kata ia hanya di bibir, tapi tidak datang dari hati, tiada guna kerana dengan kata-kata ia tidak akan dapat menyelamatkan penduduk Palestin dari terus diserang dan terbunuh, tetapi andai ia datang dari hati kita yang ikhlas terhadap penduduk Palestin, nescaya penduduk Palestin dapat diselamatkan daripada terus diserang dan dibunuh. Baru-baru ini, saya mendapat pesanan khidmat ringkas yang meminta agar berdoa dengan ikhlas agar penduduk Palestin dapat diselamatkan dari serangan, jadi marilah kita seluruh dunia Islam dan seluruh masyarakat dunia, untuk berdoa dengan ikhlas agar penduduk Palestin diselamatkan dari serangan pihak Israel. Tidak perlu kita asyik menyalahkan pihak Israel lagi, lupakan tindakan mereka tetapi marilah kita bersatu dan berusaha untuk menyelamatkan penduduk Palestin dan sentiasalah berserah pada yang berkuasa, ALLAH YANG ESA, agar dilimpahkan rahmatNYA kepada penduduk Palestin.

Sekian, untuk waktu ini,
Salam.
Benji_1629.

Friday, January 2, 2009

Back to School Everyone!!

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, masih baru dalam era blog ini yang dikatakan semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat, dan tentunya kita tidak boleh ketinggalan dalam mengikuti arus teknologi yang semakin berkembang ini. Blog ini yang akan cuba saya kendalikan akan sentiasa dikemaskinikan setiap hujung minggu, insyaALLAH kalau tiada aral melintang.

Blog ini adalah bertujuan supaya segala isu yang kita lihat setiap minggu dibicarakan dari pelbagai arah dan tidak akan bias pada isu-isu tertentu. Ia juga tidak akan hanya berkisar tentang isu-isu semasa, tetapi juga sebarang isu yang menarik yang boleh kita bincangkan bersama.

Diharapkan, dengan blog ini, kita akan sama-sama mendapat manfaat yang berguna pada diri kita dan juga anak bangsa kita. Sekian, Wassalam.

Dari,
Benji_1629.