BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 13, 2009

Mari menonton wayang!!!

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama saya tak post cerita baru kat pada blog saya ini. Yelah, sibuk dengan assignment dan projek, mahu meletup dibuatnya. Jadi sekarang ni, saya dah tak sibuk, dan saya juga tengah banyak cerita nk cerita ni hehe.

Minggu ni, cerita Upin & Ipin keluar di panggung. Nak tengok yeay, dapat pergi tengok esok, sebab tiket dah beli tadi hehe jangan marah ye semua orang, saya ada tiket nak tengok esok. Em sebenarnya, bukan minat nak tengok cite kartun di panggung ni, yelah, cerita kartun kat panggung, baik beli dan tengok kat rumah je. Tapi, mengenangkan bahawa cerita ni pembuatnya banyak orang melayu, dan hasil keluaran negara sendiri, dan mestilah dalam bentuk 3D, jadi tak salah la kan nak spend about RM10 untuk sokong karya bangsa sendiri kan. Siapalah nak sokong mereka kalau bukan kita, jadi mari ramai2 kita pergi menonton Upin dan Ipin di pawagam. Ni antara gambar Upin dan Ipin yang sempat di download dari internet.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama menyokong hasil produk buatan negara kita sendiri. Marilah bantu negara dan rakyat negara kita dalam menghadai saat-saat ekonomi sedang dilanda krisis. Jadi akhir kata dari saya, sokonglah produk buatan negara kita sendiri. Hidup MALAYSIA!!!!

Salam.
Benji_1629

Thursday, February 5, 2009

Memualkan!

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Maaf kerana sangat sibuk dalam dua minggu ini dan tidak dapat post yang baru. Maaf sekali lagi diucapkan. Hum, nampaknya post kita pada minggu adalah mengenai keadaan politik di negeri Perak Darul Ridzuan. Em entahla tak tahu nak cakap macam mana lagi dah keadaan politik di Malaysia ni. Dah rasa tahap teruk yang amat sangat. Senang cerita cakap, rasa macam nak termuntah bila mengikuti perkembangan politik di Malaysia ini.

Aku tau yang aku ni bukanlah boleh sangat bercakap mengenai politik ni kerana aku masih dibawah umur, tapi cubalah bayangkan macam mana tak buat aku kena cakap juga sebab memang patut dikritik keadaan semasa ni. Pelik sungguh orang Malaysia ni, terutama bangsa Melayu walaupun aku juga orang melayu, aku serious cakap aku memang tak suka pada orang yang cakap saje nak bela orang Melayu tapi korang sesama sendiri saling gaduh, tikam orang dari belakang. Yelah, yang asyik bertikam lidah tak habis-habis mesti orang melayu, dan semestinya orang melayu juga. Bila nak bela nasib orang melayu ni, bila nak bela nasib orang melayu miskin ni, bila nak majukan orang melayu ni andai kalau dah sibuk nak menjatuhkan sesama sendiri sesama bangsa adui em entah apalah diorang semua ni.

Aku dah kata dari awal, aku adalah seorang yang pikir bebas, open minded and also think positive. Andai sesiapa yang membaca tulisan aku ni, hendaklah faham bahawa aku:

  • Tidak menghina orang melayu, bahkan aku nak ingatkan orang melayu agar sentiasa fikir tentang kemajuan bangsa sendiri, jangan asyik nak bergaduh berebut kuasa. Jangan bila dah tak boleh dibaiki kesilapan tu baru nak menyesal. Aku orang melayu juga k.
  • Aku tidak menyokong mana-mana parti, yang aku tahu, aku sokong orang tu atau sesuatu parti itu adalah kerana kewibawaan mereka dalam menjadi pemimpin. Aku tidak akan sokong yang hanya pandai cakap tapi tidak melakukan kerja yang telah dijanjikan.
  • Last, aku sangat-sangat menyayangi bangsa aku sendiri. Kesian, sesama bangsa nak gaduh kerana kuasa. Sedarlah, segala harta dunia tidak boleh bawa masuk ke dalam kubur. Ingat tu semua ye!!!
Nampaknya, ini sajalah yang mampu saya tulis kali ini. Maaf kalau terkasar bahasa ye dan terguris perasaan andai membaca apa yang saya tulis ini. Sila terima dengan hati yang terbuka, nescaya anda akan dapat melihat lebih daripada apa yang lihat dengan mata kasar. Lihatlah dengan mata hati anda ok.

Sekian waktu ini.
Salam,
Benji_1629.