BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 31, 2009

Cuti Sangat Best.

Asalamualaikum wbt.

Hai, berjumpa lagi kita sebelum kita melangkah ke bulan baru di tahun 2009 ini. Puasa pun sudah hampir masuk ke hari 11 sudah. Tak sangka masa begitu cepat berlalu dan tanpa kita sedari ia telah lama meninggalkan kita. Rasa begitu sebak bila mengenangkan bulan Ramadan akan berlalu meninggalkan kita lagi...

Tapi walau apapun, berlalunya Ramadan akan datangnya Syawal (chewah, puasa baru berapa hari beb, dah pikiaq mau raya no0 haha..) tapi tak kesahla, raya punya pasal semua orang akan gembira dan bahagia tak kira tua atau muda mahupun yang muda remaja haha.. Mengenang kembali, bulan Ramadan ni memang besh, ni baru nak cerita la ni tentang bulan Ramadan. Bulan Ramadan yang paling beh yelah apekah, mestila tentang malam terawihnya. Setiap malam Ramadan ada malam terawih dan ada nikmat tertentu bagi mereka yang menunaikan solat sunat terawih. Solat terawih ni bukan pe, die sebab buat beramai-ramai dimalam ari, dan penuh dengan budak-budak, abang kakak, ibu ayah dan atuk nenek tapi kalau kat kuala lumpur ni, disertai sekali dengan mamat pendatang asing la yek haha. Jadi memang meriah la katakan, feling tu memang akan de punyala, sape yang kate takde tu, sile la check hati anda yek haha.

Tadi tu baru pasal solat terawih, yang kedua best yelah time nak berbuka. Bermacam-macam lauk dan kuih dijual. Sampai yang kurus leh jadi gemuk, dan yang gemuk jadi montel taw haha. Menambaha rezeki bagi mereka yang ingin berniaga di bulan puasa dan menambah rezeki tok behari raya nanti. Teringat antara yang peberet orang beli yelah ayam percik, roti john, murtabak, kuih karipap dan apam dan lauk-lauk tok berbuka nanti. And memang berbuka abisla kalau semua yang diatas dibeli dengan jayanya haha. Walau apapun, kita digalakkan agar berserdehana dalam membeli, kerana bulan Ramadan adalah bulan melatih diri dalam menahan hawa nafsu, termasukla nafsu makan, membeli dan melihat juadah (nafsu yang lg 1 tu memang konpem kene tahan wakaka).


Yang ketiga yelah bile nak beraya esok, percayalah cakap dirini. Memang meriah sungguh. Start minggu kedua dan seterusnya, dah sibuk dah dengan baju rayanya, kuih rayanya, cuti rayanya and macam-macam lagilah. Contoh macam aritu la, baru 8 hari puasa, Sogo, Jalan TAR, Masjid India, humang aih, ramai sungguh umat manusia pergi membeli belah. Sampai dirini tak dapatla nak shoping jap aritu dek kerana penuh sangat umat manusianya. Bermacam gelagat dik oit, dari yang muda sampai yang tua, macam-macam ada haha. Itula yang lebihnya bulan puasa ni, walaupun penat berpuasa, semangat nak raya tu memang tinggi. Tak kira la cukup puasa ke idak hehe.

Yang keempat dan terakhir, tak larat nak taip ni, bos dah usha dari tadi ni hehe em yang last ni mestila suasana balik kampung time nak beraya nanti. Fulamak, suasana balik kampung tu, lain dari yang lain. Memang best tengok keta bergerak ke utara, selatan dan timur, dengan kuantiti yang banyak. Dah macam semut taw, tambah lagi bila dah jem haha. Suasana ni hanya boleh diperolehi bile raya dah dekat, lepas berbuka yakni waktu malam, dan di hentian rehat atau stesen minyak. Konpem banyak keta yang tersadai hehe. Okla, ni jelah bos dah jd godzila dalam opis die tu, tapi sebelum tu, ni gambo jalan jem haha.


Okla, sampai disini sahaja pagi ni dulu, nanti-nanti sambung balik yek.
Salam.

Pekerja yang berpuasa,
Benji1629.

Merdeka!

Asalamualaikum wbt.

Salam, bertemu kita lagi. Hari ini 31 Ogos 2009, hari kemerdekaan yang ke-52 tok negara tercinta. Tahniah dan selamat ulangtahun dan moga kemerdekaan ini kekal milik kita selamanya. Ternyata negara kita yang tercinta ini telah mencapai usia merdekanya selama 52 tahun berbanding dengan penjajahan selama 400 tahun lebih. Bertuahnya kita yang lahir selepas merdeka, tidak merasai jerit perih mereka yang berusaha untuk mencari kemerdekaan untuk kemerdekaan negara yang mereka cintai ini dari penjajah yang tamak haloba.


Jadi sebagai meraikan hari yang mulia ini, jadi marilah kita hargai hari yang bersejarah ini dengan segala aktiviti yang sewajarnya dalam meraikan hari merdeka tahun ini. Berdoalah pada Allah S.W.T agar diberikan petunjuk dan hidayahNYA dan dimurahkan rezeki, moga merdeka milik kita selamanya, amin.

Rakyat Merdeka,
Benji1629.

Tuah Manchester United??

Asalamualaikum wbt.

Bertemu kita pada kali ini untuk becerita tentang perlawanan panas dan hangat dua malam lepas iaitu antara Manchester United dan Arsenal. Satu perlawanan yang mendebarkan dan penuh aggressive antara kedua-dua team. Sejak awal permulaan game sampe ke habis, serangan demi serangan begitu pantas dilancarkan oleh kedua-dua team. Hebat dan best la tonton, tak sedar masa berlalu.

Tapi, yang hendak diceritakan kalini adalah tentang corak perlawanan yang ditunjukkan oleh kedua-dua team. Lebih baik dimulakan dengan Manchester United ye, kerana bermain di Old Trafford dan ternyata MU telah menang dengan mengalahkan Arsenal 2-1 di tempat sendiri kalau tidak malu besar wooo haha, tahniah. Tapi walaupun menang, ternyata corak permainan Mu malam semalam adalah sangat kasar dan MU lebih berminat untuk membuat terjahan untuk mendapat bola, dan tidak cuba melakukan cubaan yang lebih terhormat. Tidak berapa suka corak perlawanan sebegitu kerana pemain lawan akan lebih membiarkan bola terlepas dari terus bersaing kerana tidak mahu mendapat cedera yang teruk. Fletcher, Carrick, Evra, Valencia semua lebih berminat membuat terjahan untuk menghalang kemaraan pemain Arsenal dari menyerang kubu mereka. Dan juga, agak pengecut juga kepada MU kerana apabila Arsenal menyerang, semua pemain akan turun ke pertahanan dan membuat satu garisan pertahanan umpama dinding untuk menghalang kemaraan pemain Arsenal. Jadi walaupun menang malam semalam, corak permainan ini amat tidak digalakkan kerana tidak dapat memaparkan corak permainan yang lebih bagus antara kedua belah pihak. Jadi MU anda sebenarnya 'bertuah' and not played very well last nigh k, remember that!!!

Dan untuk Arsenal, yeah mari membuat ulasan tentang Arsenal hehe. Em sebenarnya tok Arsenal, begitu kesal dirini kerana dilihatkan Arsenal seolah-olah menjual game kerana corak permainan itu bukan corak permainan sebenar Arsenal, corak yang lebih teratur dan lebih pantas. Corak permainan semalam lebih kurang sama dengan corak Chelsea sebelum kehadiran Ancelloti, tidak merangasan game dan menghasilkan lebih banyak peluang goal. Tapi tahniah pada Ashavin, goal anda sungguh-sungguh cantik dan deras haha tahniah yek. Dan pada Diabi, anda tidak silap cuma nasib tidak menyebelahi anda. Dan secara keseluruhan, Arsenal layak 'menang' semalam andai mutu perlawanan ditahap sepatutnya. Arsenal sepatutnya dapat penalti apabila Ashavin dijatuhkan, tapi apakan daya pengadil menjadi 'buta' malam kelmarin haha. Walau apapun, Arsenal tetap layak menang dan teruskan usaha anda.

Tok kritikan pengadil pula, pengadil seolah-olah berat sebelah semalam dengan lebih memihak kepada MU. Amat teruk penilaian pengadil semalam. Dimanakah penalti Ashavin, dimanakah kad anda apabila ramai pemain Arsenal diterjah, dan kenapa bile Arsenal bermain corak sebegitu banyak kad tok pemain Arsenal, kenapa, kenapa dan kenapa??? Hate all the decisions made by referee last night huhu T-T. Tak seimbang keputusan referee. Dan kenapa bila Arsene Wenger meluahkan kemarahan yang tidak ditujukan kepada sesiapa dihalau padang, kenapakah? So, pada referee, jangan berat sebelah yek, anda harus adil dan saksama ok. Jangan ulangi lagi di game akan datang.

So, sampai disini ulasan kalini, ulasan tok Chelsea dan Liverpool tak perlu saya ulas, tak sempat nak tengok dan ulas kuang2 haha. Okla, pape pun, teruskan berpuasa dan majulah sukan Malaysia.

p/s: Tak berapa sokong MU, jadi mungkin bias haha jangan marah hardcore fans MU k haha.

Friday, August 28, 2009

Demam lagi ke??

Asalamualaikum wbt.

Em ini dah kira tiap-tiap hari aku update blog ni...
Tapi tak kesahlah asalkan aku berjaya membuang masa...
Arini hari jumaat dan masuk hari ke-7 dh berpuasa...
Tapi mengapa aku rasa nak demam ni...
Kalau sakit lain takpe, kalau demam ni lain ckit...
Yelah, kalau sakit tangan, tangan jelah...
Sakit kaki, kaki jelah...
Kalau demam, adush satu badan kut yang sakit...
Aduh-aduh tak mau demam... katakan taknak pada demam...
Hehe bulan puasa mengomel, takpe ke ek...
Kang kena potong pahala kang hehe
Arini ari jumaat dan isnin dah konpem cuti....
Jadi 3 hari cuti tu, jadi demam, janganlah kau datang waktu ek...
Syuh2 pegi main jauh-jauh k haha
Malam ni kena pergi Uptown atau pekejadah name tempat tu dengan kakak...
So malam ni, jangan hujan yek ketika aku pergi taw...
Ko hujan gak, konpem aku demam esok dan seterusnya haha..

Em apa lagi yek nak cite, yang kat atas tu dikira luahan rasa jadi lepas ni nak taip apekah??
Ataw harus diulas isu-isu di Malaysia??
Seperti isu Chua Soi Lek??
Pilihanraya Permatang Pasir??
Kes inkues Beng Hock dengan SPRM??
Em pada pendapat orang yang nak demam nilah kan,
em sambung esok-esok jelah cerita, tak larat la nak ulas panjang-panjang haha..
Em cepatlah jam bergerak, saya mahu balik dan tidor ni haha
Okla, dah memang tak larat dah ni
Rasa nak muntah dah ha...
Okla... salam...

p/: entry smlm tepakse dideletekan... mengandungi unsur-unsur 18SG haha!

Thursday, August 27, 2009

Not very well!!!

Assalamualaikum wbt.

Arini dah masuk hari yang keenam berpuasa...
Tapi tidak dirasakan seperti berpuasa...
Mengapakah ini yang dirasakan....
Mengapa suasana menyambut Ramadan Al-Mubarak tiada...
Mengapa dirasakan seperti hari-hari biasa...
Mengapakah...
Ooh diriku tahu akan jawapannya...
Ini kerana diriku berasa tidak berapa sihat...
Mahu terawih...
Tulang belakang dan kaki sakit...
Mahu berpuasa dengan tenang...
Asyik rasa nak demam...
Adui diriku pening kepala...
Tidak mengapalah... dugaan bulan puasa...
Ooh... kurindu kenangan berpuasa di Ipoh...
Begitu meriah sekali...
Aduhai rindunya...

Monday, August 24, 2009

Keputusan Liga EPL!

Asalamualaikum wbt semua.

Em, pada post yang kali ini adalah mengenai Liga Perdana Inggeris. Baru masuk 2 minggu, tapi sudah 3 game. Ini barulah dapat update sikit hehe... em dirini penyokong kelab ape, biarlah dirahsiakn ye, sebab lebih senang hendak diceritakan semua keputusan game pada sabtu dan ahad yang lepas.

Game pada last weekend lepas, memang best semua. Cume yang hendak dikongsikan sini adalah game mengenai Machester United dengan Chelsea. Dua team yang dikatakan pesaing hangat pada musim 2009/2010 kerana keadaan Arsenal yang dikatakan terumbang-ambing dan keadaan Liverpool yang dikatakan menghadapi masalah kewangan. Baiklah, berbalik pada 2 game ini (yang sempat ditonton haha..) MU dikatakan nampak kurang menyengat sikit. Mungkin kerana ketiadaan Christiano Ronaldo jadi pergerakan pemain MU kurang lancar sedikit. Tapi andai dinilai semula kesebelasan utama, yang boleh dirini katakan tentang MU adalah, hanya Nani dan Wayne Rooney sahaja yang boleh diharapkan, yang lain kurang menyengat sedikit, terutama Berbatov yang nampak lebih banyak menunggu bola dari mencari bola. Walau apapun, kemenangan 5-0 ke atas Wigan memang melihatkan MU sudah mula 'panas' dan mengejar Arsenal dan Chelsea yang telah menang semua game awal mereka.

Kepada Chelsea, Carlo Ancelloti dilihat berjaya membuat permainan Chelsea lebih kemas dan pengawalan bola lebih baik. Cuma pada dirini la, Chelsea harus bermain dengan lebih aggressive sedikit, dengan kawalan bola yang baik dan kemas, serta permainan yang laju dan aggressive boleh membuatkan Chelsea nampak lebih garang dan boleh menjaringkan dengan lebih banyak gol. Andai Chelsea terus bermain seperti ini, sudah pasti game Chelsea tiada siapa mahu tonton, bosan dari awal sampai habis. Jadi Chelsea, berubahla hahaha...

Okla, cukup update kalini, andai dirini mempunyai lebih banyak masa, akan dirini ceritakan lebih banyak lagi tentang bola seperti tentang Machester City, Burnley dan lain-lain team lagi. Tapi buat masa ini, ini sahajalah dapat diceritakan sekarang. Sekian. Terima Kasih.

Berjumpa lagi kita nanti, sekian Salam!!!

Saturday, August 22, 2009

Selamat Bepuasa!

Asalamualaikum wbt semua..

Hai, berjumpa lagi kita kalini yek em tak sangka sudah masuk bulan Ramadan pada tahun ni
tak sangka dan memang tak sangka pun hehe...
Mana tak sangkanya kalau sudah 3 tahun memulakan puasa di perantauan tapi kalini mula berpuasa di rumah hehe itu best sangat-sangat tu sebab berpuasa di rumah hehe
Bila diingatkan kembali, puasa kalini memang membawa seribu makna yang tersirat dihati em yelah kan, setelah 3 tahun dirini merasa berpuasa jauh dari rumah, tiba-tiba dapt berpuasa kembali di rumah, tambah lagi dengan bermacam peristiwa yang berlaku sepanjang 1 tahun yang lepas, rasa bersyukur sangat-sangat dapat berpuasa di rumah hehe..

Bila dikenangkan puasa tahun lepas dengan puasa pada tahun ini, memang banyak berbeza...
Berbeza kerana pada tahun lepas, ketika berbuka puasa, berbuka dengan kawan-kawan yang sama-sama merantau mencari ilmu di universiti... sangat-sangat meriah kerana bukan selalu dapat melalui saat-saat yang begitu... kawan-kawan dengan juadah masing-masing, dengan keletah yang masing-masing, tapi paling teringat pada 1 kawan yang suka buka lagu raya, walaupun raya masih lambat lagi haha...



Em kalini rasanya mungkin post entry yang paling panjang kut, sebab macam-macam nak cerita ni, sebelum berbuka puasa ni, em tak rasa ingin berbuka puasa bersama famili tersayang...
Moga Bulan Ramadan Al-Mubarak kalini, membawa seribu makna kepada semua muslimin dan muslimat, dan semoga kita dapat perbanyakkan lagi ibadah dibulan yang mulia ini...
Rindu rasanya saat-saat berbuka puasa beramai-ramai di kampung halaman yang tercinta...
entahla... bilakah masa itu akan kembali lagi...

Okla, Selamat Berpuasa kepada semua, jangan puasa yangyok taw kepada semua yang bersaiz besar hehe gurau sahaja, jangan terasa hati pulak yek...
okla, dah jam 5 petang, mahu ke bazar ramadan, pergi mencari murtabak...
hehe selamat berbuka puasa semua dan salam ramadan dari saya...

Asalamualaikum wbt..

Monday, August 17, 2009

Maaf lama x update dashboard ni...

Asalamualaikum...

Maaf ye, lame x update blog ni hehe adela dekat brape bulan dh hehe maaf2... em sebenarnya dirini sgtla sibuk sbb bnyak sgt kejenya ha... sdg praktikal kt bangi... sbb tu cibuk ha hehe. Em post kalini cumela nk bgtahu yang saya dh kembali tok update blog saya yg sgt2 la x beh ni hehe tp dirini nk juga taip dan cerita macam2 jd, tunggu sajela yek dirini update kt blog ni hehe ;P