Asalamualaikum wbt.
Em raya nak dekat, tinggal berapa ari je lagi ha. Jadi ape lagi kawan, bersediakah anda tok beraya kalini hehe. Arini ari kamis dah, dh puasa yang ke 27, tak saba nak raya tapi lagi tak sabar yelah nak cuti dan pulang ke kampung tok beraya hehe. Mesti rame kawan-kawan yang dah beli tiket bas, servis kereta tok perjalanan jauh dan mesti rame gakla yang sedang meng'ayat' kawan tok tumpang balik nek keta (nak jimat la tu haha). Walau apapun, balik naik bas la yang paling beh, ade semangat nak beraya gila babat punyala hehe dengan lagu raya yang dipasang, orang kiri, kanan, depan dan belakang sibuk menyanyi walau suara tak sedap, memang menambah suasana raya yang dasat di dalam bas hehe.
18hb sok, mesti rame yang gerak esok. Dengan kerajaan katanya nak kasi tol percuma, isy baiknya kerajaan akuni haha memang konpem sok jalan jem punyala. Die selalu jem bile rame umat manusia nak bergerak ke utara atau ke selatan (pantai timur xtaw, tak penah ke sana time beraya k) dan selalu berlaku di waktu malam selepas berbuka puasa. Cuma dinasihatkan kepada semua orang islam yang nak balik beraya tu, pelan-pelan bawak keta and always be patient k. Jangan nak cepat sampe accident banyak di highway. Sayangi mereka yang menantikan kepulangan anda yek huhu. Pakcik kat bawah ni akan sentiasa usha anda di highway k hahaha.
Walau apapun, sentiasa happy la yek nak balik beraya ni. Semoga raya kalini membawa makna kepada semua umat islam. Berhati-hati di jalan raya, dan banyak besaba ketika memandu. Berhenti rehat di station petronas dan dapatkan hidangan percuma (chewah promosi company nampak hehe). Okla, ni adalah debaran nak beraya so, akan de banyak sambungan selepas ini. Chow dulu yek hehe.
Insan nak beraya,
Benji1629.
Thursday, September 17, 2009
Raya nak dekat wei!!
Posted by benji_1629 at 1:29 PM 0 comments
Thursday, September 10, 2009
Subang???
Asalamualaikum wbt.
Berjumpa lagi kite yek, em smlm punyala tangkap syahdu kt opis sbb sorang je kt opis, arini amik ko, banyak keja dari pagi tadi sampai la ni. Dahla nanti kene g Subang Airport, (apekejadah aku kesana??) ade event company kat sane. Aduh-aduh aku dahla tak pernah pergi sane ni, camna ni weh, first time ni hehe. Em post kalini cukupla nak perabis masa sebelum gerak ke sana dalam jam 12.30 ni, minta janganla jalan sesak yek, lagi haru taw, dengan panas and sedang puasa ni huhu. Em pape pun, blog dirini dah dimekap oleh seorang 'kawan' yang arif dalam blog ni. Dah macam blog orang perempuan je, lembut je design and kale dia haha. Ape pun, dirini akan mulakan edisi blog yang telah dinaiktaraf ini, dengan cerita yang best-best yang ade dalam kepala otak ni. Depend pada mood ni depend pada isu-isu hangat dan terkini.
Okla, nak prepare diri jap nak ke sana. dapat t-shirt free lg for this event haha. Okla, berjumpa lagi kita yek.
Pekerja Paling Aktif,
Benji1629.
Posted by benji_1629 at 11:36 AM 0 comments
Friday, September 4, 2009
Kenangan Ramadan
Asalamualaikum wbt.
"Petang ni nak g kul berapa?" kata si'dia'...
"Dalam kul 5.30 kite pergila, baru beh.." kate dirini...
Em itula ayat antara dirini dengan si'dia'...
Waktu dulu-dulu... ketika petama kali smbut puasa bsame...
Waktu tu memang beh sangat-sangat...
Yelah, selalu pegi bazar sorang-sorang...
tak happening langsung...
Tengok kuih pun, aci takde nafsu nak beli lagsung...
Tapi bila pergi dengan si'dia'...
Amboi segala kuih dan lauk nak dibelinya...
Terutama satu kuih tu...
Tapi kalau kuih tu takleh beli dengan 'dia'...
Nanti kene gelak kaw-kaw kat situ hehe...
Kuih apekah yek... nak kasi taw ke tak...
Em kuih die wane ijau... digulung... dan dibubuh inti kelapa manis...
Inti die wane itam, wane gula melaka...
ha tekala kuih apekah....
Dirini selalu panggil kuih tu name...
Jeng-jeng, takleh sebut, kekuningan disitu haha...
"Baju nak raya wane ape taun ni, mesti same gak ek" kate si'dia'...
"Ikut kamula, nak wana, ikut je hehe" kate dirini padanya...
Em kua dialog lagi... ish2 banyak sungguh dialognya...
Tapi dialog ni la yang dikenang selalu...
Tiga tahun besama... tiga tahun jejak Jusco Ipoh yang same...
Tiga tahun usha baju raya same-same...
Tiga tahun gakla decide pake baju same warna....
Tahun petama pake wana ungu...
Tahun kedua pake wana merah...
Tahun ketiga pake wane coklat...
Tapi tahun ni... entahla....
Kenangan ramadan...
Kenangan di bulan puasa besama si'dia'...
Sentiasa dalam ingatan...
Walau jauh kemana... 'dia' tetap dihati...
Rindu besama 'dia'..
Rindu ramadan dengan 'dia'...
Ramadan...
Kenanganku tetap dengan si'dia'...
p/s: siapakah 'dia' ini, jeng-jeng hehe, nantikan kemunculan dia yek hehe =)
Pekerja yang rajin update blog
Benji1629.
Posted by benji_1629 at 2:47 PM 0 comments
Monday, August 31, 2009
Cuti Sangat Best.
Asalamualaikum wbt.
Hai, berjumpa lagi kita sebelum kita melangkah ke bulan baru di tahun 2009 ini. Puasa pun sudah hampir masuk ke hari 11 sudah. Tak sangka masa begitu cepat berlalu dan tanpa kita sedari ia telah lama meninggalkan kita. Rasa begitu sebak bila mengenangkan bulan Ramadan akan berlalu meninggalkan kita lagi...
Tapi walau apapun, berlalunya Ramadan akan datangnya Syawal (chewah, puasa baru berapa hari beb, dah pikiaq mau raya no0 haha..) tapi tak kesahla, raya punya pasal semua orang akan gembira dan bahagia tak kira tua atau muda mahupun yang muda remaja haha.. Mengenang kembali, bulan Ramadan ni memang besh, ni baru nak cerita la ni tentang bulan Ramadan. Bulan Ramadan yang paling beh yelah apekah, mestila tentang malam terawihnya. Setiap malam Ramadan ada malam terawih dan ada nikmat tertentu bagi mereka yang menunaikan solat sunat terawih. Solat terawih ni bukan pe, die sebab buat beramai-ramai dimalam ari, dan penuh dengan budak-budak, abang kakak, ibu ayah dan atuk nenek tapi kalau kat kuala lumpur ni, disertai sekali dengan mamat pendatang asing la yek haha. Jadi memang meriah la katakan, feling tu memang akan de punyala, sape yang kate takde tu, sile la check hati anda yek haha.
Tadi tu baru pasal solat terawih, yang kedua best yelah time nak berbuka. Bermacam-macam lauk dan kuih dijual. Sampai yang kurus leh jadi gemuk, dan yang gemuk jadi montel taw haha. Menambaha rezeki bagi mereka yang ingin berniaga di bulan puasa dan menambah rezeki tok behari raya nanti. Teringat antara yang peberet orang beli yelah ayam percik, roti john, murtabak, kuih karipap dan apam dan lauk-lauk tok berbuka nanti. And memang berbuka abisla kalau semua yang diatas dibeli dengan jayanya haha. Walau apapun, kita digalakkan agar berserdehana dalam membeli, kerana bulan Ramadan adalah bulan melatih diri dalam menahan hawa nafsu, termasukla nafsu makan, membeli dan melihat juadah (nafsu yang lg 1 tu memang konpem kene tahan wakaka).
Yang ketiga yelah bile nak beraya esok, percayalah cakap dirini. Memang meriah sungguh. Start minggu kedua dan seterusnya, dah sibuk dah dengan baju rayanya, kuih rayanya, cuti rayanya and macam-macam lagilah. Contoh macam aritu la, baru 8 hari puasa, Sogo, Jalan TAR, Masjid India, humang aih, ramai sungguh umat manusia pergi membeli belah. Sampai dirini tak dapatla nak shoping jap aritu dek kerana penuh sangat umat manusianya. Bermacam gelagat dik oit, dari yang muda sampai yang tua, macam-macam ada haha. Itula yang lebihnya bulan puasa ni, walaupun penat berpuasa, semangat nak raya tu memang tinggi. Tak kira la cukup puasa ke idak hehe.Yang keempat dan terakhir, tak larat nak taip ni, bos dah usha dari tadi ni hehe em yang last ni mestila suasana balik kampung time nak beraya nanti. Fulamak, suasana balik kampung tu, lain dari yang lain. Memang best tengok keta bergerak ke utara, selatan dan timur, dengan kuantiti yang banyak. Dah macam semut taw, tambah lagi bila dah jem haha. Suasana ni hanya boleh diperolehi bile raya dah dekat, lepas berbuka yakni waktu malam, dan di hentian rehat atau stesen minyak. Konpem banyak keta yang tersadai hehe. Okla, ni jelah bos dah jd godzila dalam opis die tu, tapi sebelum tu, ni gambo jalan jem haha.

Okla, sampai disini sahaja pagi ni dulu, nanti-nanti sambung balik yek.
Salam.
Pekerja yang berpuasa,
Benji1629.
Posted by benji_1629 at 9:13 PM 0 comments
Thursday, August 27, 2009
Not very well!!!
Assalamualaikum wbt.
Arini dah masuk hari yang keenam berpuasa...
Tapi tidak dirasakan seperti berpuasa...
Mengapakah ini yang dirasakan....
Mengapa suasana menyambut Ramadan Al-Mubarak tiada...
Mengapa dirasakan seperti hari-hari biasa...
Mengapakah...
Ooh diriku tahu akan jawapannya...
Ini kerana diriku berasa tidak berapa sihat...
Mahu terawih...
Tulang belakang dan kaki sakit...
Mahu berpuasa dengan tenang...
Asyik rasa nak demam...
Adui diriku pening kepala...
Tidak mengapalah... dugaan bulan puasa...
Ooh... kurindu kenangan berpuasa di Ipoh...
Begitu meriah sekali...
Aduhai rindunya...
Posted by benji_1629 at 10:06 AM 0 comments
Labels: Bepuasa
Saturday, August 22, 2009
Selamat Bepuasa!
Asalamualaikum wbt semua..
Hai, berjumpa lagi kita kalini yek em tak sangka sudah masuk bulan Ramadan pada tahun ni
tak sangka dan memang tak sangka pun hehe...
Mana tak sangkanya kalau sudah 3 tahun memulakan puasa di perantauan tapi kalini mula berpuasa di rumah hehe itu best sangat-sangat tu sebab berpuasa di rumah hehe
Bila diingatkan kembali, puasa kalini memang membawa seribu makna yang tersirat dihati em yelah kan, setelah 3 tahun dirini merasa berpuasa jauh dari rumah, tiba-tiba dapt berpuasa kembali di rumah, tambah lagi dengan bermacam peristiwa yang berlaku sepanjang 1 tahun yang lepas, rasa bersyukur sangat-sangat dapat berpuasa di rumah hehe..
Bila dikenangkan puasa tahun lepas dengan puasa pada tahun ini, memang banyak berbeza...
Berbeza kerana pada tahun lepas, ketika berbuka puasa, berbuka dengan kawan-kawan yang sama-sama merantau mencari ilmu di universiti... sangat-sangat meriah kerana bukan selalu dapat melalui saat-saat yang begitu... kawan-kawan dengan juadah masing-masing, dengan keletah yang masing-masing, tapi paling teringat pada 1 kawan yang suka buka lagu raya, walaupun raya masih lambat lagi haha...
Em kalini rasanya mungkin post entry yang paling panjang kut, sebab macam-macam nak cerita ni, sebelum berbuka puasa ni, em tak rasa ingin berbuka puasa bersama famili tersayang...
Moga Bulan Ramadan Al-Mubarak kalini, membawa seribu makna kepada semua muslimin dan muslimat, dan semoga kita dapat perbanyakkan lagi ibadah dibulan yang mulia ini...
Rindu rasanya saat-saat berbuka puasa beramai-ramai di kampung halaman yang tercinta...
entahla... bilakah masa itu akan kembali lagi...
Okla, Selamat Berpuasa kepada semua, jangan puasa yangyok taw kepada semua yang bersaiz besar hehe gurau sahaja, jangan terasa hati pulak yek...
okla, dah jam 5 petang, mahu ke bazar ramadan, pergi mencari murtabak...
hehe selamat berbuka puasa semua dan salam ramadan dari saya...
Asalamualaikum wbt..
Posted by benji_1629 at 4:40 PM 0 comments
