Asalamualaikum wbt.
Harini 9 September... ada suatu cerita di sebalik tarikh ini...
Ya, harini merupakan ulangtahun ketiga... kepada sebuah kenangan yang
diciptakan pada tiga tahun yang lepas... suatu kenangan yang tidak dapat
dilupakan oleh dirini...
Ya semua kenangan itu bermula dengan suatu tindakan...
Sama ada waras atau tidak tindakan itu... entahla...
Cuma dirini telah melakukan sesuatu yang boleh di abadikan sebagai satu
kenangan... pada tarikh ini...
Kenangan itu bermula...
Bila dirini ini ingin membuat sesuatu...
Yang pada awalnya hanya ingin bergurau....
Dan tanpa sedar ia menjadi kenyataan...
Dan tanpa sedar juga, semuanya akan bermula dari situ...
Ya ingin bergurau pada niat asalnya...
Tapi tak disangka, lain yang terjadi...
Oleh itu... terciptala kenangan 'itu'...
Kerana kenangan itu... satu azam dan tekad diri...
Dilafazkan di lubuk hati... dimeterai dengan sumpah dan janji...
Tidak akan dimungkiri sumpah dan janji ini...
Biar mati... tapi tidak akan memungkiri...
Bukan terpaksa... tapi dengan rela hati sepenuhnya...
Untuk menunaikan azam dan tekad diri yang dicipta oleh hati...
Sampai mati... akan kupegang azam dan tekad dirini ini...
Dirini sangka akan azam dan tekad dirini... Akan membahagiakan diri...
Tapi apakan daya, ia seolah memakan diri...
Tidak disangka begini akhirnya ia terjadi...
Ingin dikesali... ingin dimungkiri... Agar hati tidak merasa luka pedih dihati lagi...
Tapi adakah ini yang harus kupilih...
Adakah ini yang seharusnya terjadi...
Kenangan... ya ini satu kenangan abadi... Tapi entahla...
Adakah ia membagiakan diri... Atau membawa bencana kepada diri...
Kutetap simpan kenangan ini...
Walaupun ia telah membawa kelukaan dihati..
Ia tetap suatu kenangan yang indah pada diri ini...
Tidak akan dilupakan kenangan ini... walau ajal menjemput diri...
Kerana sumpah dan janji telah dimeterai... tidak akan berundur diri...
Cuma... adakah engkau sudi menerima diri ini lagi...
Setelah apa yang terjadi.... kuserahkan padamu untuk menilai diri...
Cuma apa yang pasti bagi dirini...
9 September 2006...
Sentiasa dihati ini...
Sentiasa menjadi kenangan abadi....
Merenung nasib diri,
Benji1629.
Wednesday, September 9, 2009
9 September
Posted by benji_1629 at 11:33 AM 0 comments
Saturday, September 5, 2009
Rindu Pada Si 'Dia' Episode 1

Asalamualaikum wbt.
Hai, sebelum ni, dirini ade becerita mengenai si'dia' dalam post betajuk 'Kenangan Ramadan' dan berjanji akan becerita mengenai si'dia'. Tapi kalini biarlah 'dia' terus menjadi rahsia. Yang dirini tahu buat masa sekarang, biarlah dirini bercerita mengenai rindu kepada si'dia'. Ya, atini rindu pada si'dia', sangat-sangat rindu. Tapi apakan daya, dirini dan 'dia' terpisah jauh. Seorang di utara, dan seorang lagi di selatan. Dua-dua penuh dengan tanggungjawab masing-masing, terhadap diri, keluarga, dan juga masa depan. Dua-dua terkongkong dengan masalah peribadi masing-masing. Tapi walaupun terpisah jauh, dirini dan si'dia' saling merindu antara satu sama lain... Em entahlah...
Mengapa dirini tidak sama dengan mereka yang lain. Bebas membuat keputusan hidup, bebas dalam menentukan hala tuju hidup masing-masing, dan bebas merasa erti hidup remaja. Mengapakah dirini tidak sama dengan mereka yang lain, mengapakah...
Mengapa dirini di permulaan hidup telah mempunyai tanggungjawab yang berat tok dipikul... bukan tak ikhlas, cuma kadang-kadang dirini pelik dengan takdir idup dirini... lain dari yang lain... tak sama dengan kawan-kawan yang lain... Teringin rasa bebas, teringin buat sesuatu... dan yang paling dirini ingin lakukan yelah, bebas tok bersama dengan si'dia'... Ya dirini bukan muhrim dengannya... tidak boleh bebas sangat tok bersama... agama membataskan hubungan... bukan jahil sangat pun tentang agama... cuma dirini ingin bersama dengan 'dia'... rindu pada si'dia'... tapi mengapakah masih terhalang jua, setelah cuba mengikut cara agama yang betul, mengikut 'prosedur' yang betul... tapi masih tak kesampaian apa yang dirancang... hum entahla... mungkin ini takdir idup dirini...
Dirini cuba katakan pada si'dia'... yang dirini dah tak tahan lagi dah... really tired and almost 100% give up dh... tak larat, penat dan putus asa... cukupla semua tu... dah tak larat dirini nak tempuh dah... nak merancang segalanya... menentukan hala tujunya... yang akhirnya... dirini jua yang terseksa... zahir dan batin... biarlah apa orang nak kata... baru berjauhan dan sampai camni... tapi kalau ikutkan hati dan nafsu, dah lama aku ke siam nun, pegi nikah kat sana je... tapi mengenangkan semua orang... masih boleh besabar lagi... ni yang dirini sanggup tempuh lagi... tapi sekarang ni dah tak larat dah... 50% give up dah... if i get another 50% reasons to give up... maka give up la dirini akhirnya... tak larat dah... serba serbi, fizikal dan mental hampir hancus... hancus lebur... biarlah apa nak jadi... semua gara rindu pada si'dia' yang dah tak kesampaian... em ntahla... tepulangla....
Pada bulan puasa ni, buat pertama kali sambut tanpa 'dia'... dengan suasana sekitar yang tak berapa sesuai dengan dirini... yang membuat dirini sentiasa memberontak dalaman... tak puas hati... geram... tensen dengan suasana yang macam robot... tambah plak dengan rindu gila kt 'dia'... mahu tak moody je sepanjang bulan Ramadan ni... nak terawih kt surau pun... em biarlah, dah takde semangat nak terawih yang umpama tak terawih langsung... jiwa memberontak, ati tak kusyuk... maaflah ramadan pada tahun ni... dirini tak dapat menjalankan ibadah dengan sempurna... maaflah andai tak beribadat dengan sempurna... maaf yek... semuanya gara-gara suasana sekitar yang tak lekang buat dirini tensen dan jiwa tertekan... maaflah... ati tak tenang kalini...
Dirini cuma nak satu je... nak 'dia', dan nak 'dia' berada disisi setiap masa... barulah dirini berdaya nak teruskan hidup yang penuh pancaroba ni... barulah de penggerak semangat nak buat itu, nak buat ini, nak pikul itu and everythings la... tak kesah pun, asalkan ada 'dia'... tapi camna nak hadap cabaran dunia ni, andai satunya penggerak dirini jauh darii sisi... umpama kereta tanpa minyak pelincir, camna nak gerak dengan lancar, ending dia, rosak kereta... sama gakla dengan dirini... dirini nak 'dia', dirini rindu sangat kat 'dia'... tuhan, tolonglah dekatkan aku pada si'dia'... aku perlukan 'dia' dalam menempuh hidup... tolonglah hambamu ini...cuma ini pintanya tuhanku...
Nampaknya, posting kalini tangkap leleh la plak... entah, malam ni takleh tido, asik teringatkan pada si'dia'... otak berpikir dan ati tangkap syahdu, kombinasi yang dasat tangkap jiwang punya haha... okla, bersambung dalam episod 2 nanti yek.. lebih becerita tentang si'dia'... dan siapakah diri si'dia' ni... baiklah, sampai disini sahaja... selamat besahur semua haha =)
Insan Romantik,
Benji1629
Posted by benji_1629 at 2:56 AM 0 comments
Labels: Personal
Friday, September 4, 2009
Kenangan Ramadan
Asalamualaikum wbt.
"Petang ni nak g kul berapa?" kata si'dia'...
"Dalam kul 5.30 kite pergila, baru beh.." kate dirini...
Em itula ayat antara dirini dengan si'dia'...
Waktu dulu-dulu... ketika petama kali smbut puasa bsame...
Waktu tu memang beh sangat-sangat...
Yelah, selalu pegi bazar sorang-sorang...
tak happening langsung...
Tengok kuih pun, aci takde nafsu nak beli lagsung...
Tapi bila pergi dengan si'dia'...
Amboi segala kuih dan lauk nak dibelinya...
Terutama satu kuih tu...
Tapi kalau kuih tu takleh beli dengan 'dia'...
Nanti kene gelak kaw-kaw kat situ hehe...
Kuih apekah yek... nak kasi taw ke tak...
Em kuih die wane ijau... digulung... dan dibubuh inti kelapa manis...
Inti die wane itam, wane gula melaka...
ha tekala kuih apekah....
Dirini selalu panggil kuih tu name...
Jeng-jeng, takleh sebut, kekuningan disitu haha...
"Baju nak raya wane ape taun ni, mesti same gak ek" kate si'dia'...
"Ikut kamula, nak wana, ikut je hehe" kate dirini padanya...
Em kua dialog lagi... ish2 banyak sungguh dialognya...
Tapi dialog ni la yang dikenang selalu...
Tiga tahun besama... tiga tahun jejak Jusco Ipoh yang same...
Tiga tahun usha baju raya same-same...
Tiga tahun gakla decide pake baju same warna....
Tahun petama pake wana ungu...
Tahun kedua pake wana merah...
Tahun ketiga pake wane coklat...
Tapi tahun ni... entahla....
Kenangan ramadan...
Kenangan di bulan puasa besama si'dia'...
Sentiasa dalam ingatan...
Walau jauh kemana... 'dia' tetap dihati...
Rindu besama 'dia'..
Rindu ramadan dengan 'dia'...
Ramadan...
Kenanganku tetap dengan si'dia'...
p/s: siapakah 'dia' ini, jeng-jeng hehe, nantikan kemunculan dia yek hehe =)
Pekerja yang rajin update blog
Benji1629.
Posted by benji_1629 at 2:47 PM 0 comments
Tuesday, September 1, 2009
Mula Bekerja!
Asalamualaikum wbt.
Yeah, hari ini sudah 1 September dan berlalu sudah bulan Ogos bulan merdeka. Hum ini posting setelah bercuti tiga hari yang best sangat-sangat. Penuh dengan makan (time buka je haha), tido sampai puas dan pergi shoping mencari baju raya, ngah semangat bangat ni hehe. Haha walaupun cuti singkat, ala 3 hari pun bermakna taw bagi yang malas bekerja macam dirini haha kan dah kantoi dah yang diri tu pemalas. Takpe-takpe walaupun pemalas, hari ini mula bulan baru dan dimulakan dengan kerja baru, yeay!
Pagi yang indah di Bangi, mendung dan sejuk. Tanpa ada matahari yang menyinar dan diriku keseorangan di ofis. Ketika itu baru jam 8 pagi. Tiada orang yang telah datang melainkan pekerja ofis kt atas. Takpe, tak takut pun sebab bulan ni kan bulan puasa, watpe nk takut hehe. Tapi memangla pagi ni, sejuk yang amat beb, mendung and tak sampai jam 10 pagi, hujan sudah turun dengan bangganya. Bagus-bagus, ni yang best untuk tidor ni. Kerja, jam 1 nanti aku wat haha.. Ni dirini ade musykil gakla, yelah time dirini bawak keta yang besar gedabak punya tank, ari punyala kering walaupun dar pagi tadi de tanda-tanda nak hujan, tapi bila bawak moto yang setia tu plak, takde berita dan pesan, fush die hujan dengan lebatnya. Mengapakah, adakah ini 1 dugaan di bulan puasa ini???
Fuh bayangkanlah kalau bawak motor tapi ari hujan macam kat atas ni. Mahu tergolek atas jalan kut. Dahlah hujan kat kuala lumpur dan yang sama waktu dengannya bukan men ganeh lagi hujan die huhu.. (arini g opis nek moto dan hujan lebat waaaa T-T)
Tapi walaupun hujan, ia tetap best juga sebab ia menggalakkan mata supaya pergi tido hehe ini yang beh tentang hujan ni. Em takpe-takpe, tunggulah kerja dirini siap, konpem dirini akan tida sepeti gambo dibawah ni haha...
haha okla, mahu sambung buat dengan harapan dapat tido selepas itu, chow dula ma!!
Pekerja Berdedikasi
Benji1629
Posted by benji_1629 at 11:47 AM 0 comments
Labels: Bekerja
