BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 5, 2009

Siapkah yang lebih bersalah?

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Maafkan dirini andai lambat menghantar sebarang maklumat di dalam blog ini. Maklumlah, sesi persekolahan telah bermula, pelbagai urusan hendak dilakukan sebagai seorang abang. Bermula dari membeli barang kelengkapan sekolah sampailah kepada urusan membayar yuran dan sebagainya. Maafkanlah diri ini andai lambat menghantar maklumat terkini.

Baru-baru ini, bukanlah baru tetapi telah dua minggu lamanya berita tentang kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin di bumi arab disiarkan baik di dada akhbar atau pun di kaca televisyen disiarkan. Melihatkan kekejaman tentera Israel membuatkan dirini berasa amat marah dan geram kerana mereka melancarkan serangan bukanlah kepada pihak Hamas tetapi adalah kepada rakyat Palestin yang tidak berdosa. Adakah rakyat Palestin yang masih kanak-kanak dan yang telah tua uzur mampu memegang senjata dan melancarkan kepada pihak Israel, ia adalah amat tidak rasional sekali. Jadi, dimanakah kebenaran kata-kata daripada pihak Israel yang mengatakan bahawa mereka melancarkan serangan kepada tentera Hamas. Dimanakah kebenarran kata-kata mereka itu? Jadi ternyatalah telah pihak Israel telah berbohong sama sekali.

Tetapi, di sini saya, bukanlah hendak mengatakan tentang kekejaman pihak Israel, tetapi lebih kepada keadaan semasa. Saya membaca di dalam akhbar, menonton di telivisyen, tetapi apa yang dapati saya lihat adalah bahawa, kita sebagai masyarakat dunia hanya menyaksikan dan selepas itu menjerit di jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati tentang tindakan pihak Israel tetapi apakah yang sepatutnya kita lakukan. Kita mengatakan bahawa kita sedih dengan kejadian yang menimpa, menyalahkan mereka yang menyerang tetapi selepas itu apa yang kita lakukan, duduk dan makan bersama ahli keluarga dengan rasa gembira. Dimanakah kebenaran kata-kata kita bahawa kita sedih, kita marah tapi pada hakikatnya, di dalam hati kita, kita hanya menipu diri kita dan masyarakat. Kita hipokrit, kita penipu dan kita pendusta. Jadi sekalian, walau bagaimana kita meluahkan kita sedih dan marah terhadap pihak Israel yang menyerang dan membunuh, andai kata ia hanya di bibir, tapi tidak datang dari hati, tiada guna kerana dengan kata-kata ia tidak akan dapat menyelamatkan penduduk Palestin dari terus diserang dan terbunuh, tetapi andai ia datang dari hati kita yang ikhlas terhadap penduduk Palestin, nescaya penduduk Palestin dapat diselamatkan daripada terus diserang dan dibunuh. Baru-baru ini, saya mendapat pesanan khidmat ringkas yang meminta agar berdoa dengan ikhlas agar penduduk Palestin dapat diselamatkan dari serangan, jadi marilah kita seluruh dunia Islam dan seluruh masyarakat dunia, untuk berdoa dengan ikhlas agar penduduk Palestin diselamatkan dari serangan pihak Israel. Tidak perlu kita asyik menyalahkan pihak Israel lagi, lupakan tindakan mereka tetapi marilah kita bersatu dan berusaha untuk menyelamatkan penduduk Palestin dan sentiasalah berserah pada yang berkuasa, ALLAH YANG ESA, agar dilimpahkan rahmatNYA kepada penduduk Palestin.

Sekian, untuk waktu ini,
Salam.
Benji_1629.

0 comments: