BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 13, 2009

Mari menonton wayang!!!

Asalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama saya tak post cerita baru kat pada blog saya ini. Yelah, sibuk dengan assignment dan projek, mahu meletup dibuatnya. Jadi sekarang ni, saya dah tak sibuk, dan saya juga tengah banyak cerita nk cerita ni hehe.

Minggu ni, cerita Upin & Ipin keluar di panggung. Nak tengok yeay, dapat pergi tengok esok, sebab tiket dah beli tadi hehe jangan marah ye semua orang, saya ada tiket nak tengok esok. Em sebenarnya, bukan minat nak tengok cite kartun di panggung ni, yelah, cerita kartun kat panggung, baik beli dan tengok kat rumah je. Tapi, mengenangkan bahawa cerita ni pembuatnya banyak orang melayu, dan hasil keluaran negara sendiri, dan mestilah dalam bentuk 3D, jadi tak salah la kan nak spend about RM10 untuk sokong karya bangsa sendiri kan. Siapalah nak sokong mereka kalau bukan kita, jadi mari ramai2 kita pergi menonton Upin dan Ipin di pawagam. Ni antara gambar Upin dan Ipin yang sempat di download dari internet.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama menyokong hasil produk buatan negara kita sendiri. Marilah bantu negara dan rakyat negara kita dalam menghadai saat-saat ekonomi sedang dilanda krisis. Jadi akhir kata dari saya, sokonglah produk buatan negara kita sendiri. Hidup MALAYSIA!!!!

Salam.
Benji_1629

0 comments: