BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 26, 2009

Geram dan Tensen!!!

Asalamualaikum wbt.

Em pekabo sume yop and joyah, ups tekeluar plak lorat perok kt sini hehe biasale ni teman anok perok kut haha. Em udah-udah, sekarang ni nak cerita pase raya ha, sebab masih dalam bulan raya kan so mari becerita pase raya. Aku nak cerita sedikit pase suasana raya kat Kuala Lumpur ni (dek gara-gara tak dapat cuti raya) so cerita kalini pase sambutan raya kat Kuala Lumpur ni, yang totally hampeh and macam duk dalam bandar usang dah behantu je haha. So mari mulakan kutukan petama di bulan syawal ini yek.

1.
Tiada suasana hari raya.

Em memang takde suasana raya langsung, totally kosong, kalau kat kawasan perumahan melayu okla kut adela suasana raya, tapi kalau dah duk umah flet and almost all the people still single and sume chow 4 ari sebelum ari raya, pe kejadahnya tu. Dahla dalam bulan ramadan pun takde suasana puasa, solat terawih gaya nek bas ekpress semacam, then malam raya and pagi raya pun macam ape je, memang takde suasana raya pun (totally like hell!). Pagi raya punyala bek, aku solat raya kat indon, tibe-tibe tuka ke bangla then suddenly dah sampe myanmar, fuh dasat masjid di KL ni, berubah tempat dalam masa 2jam je haha memang beh solat raya ngan depa sume ni, dah jadi 1 Asia, bukan 1 Malaysia hahaha. So in the end, dek disebabkan keje dan suasana yang camni, aku memang takde feel nak sambut raya pun, hampeh, dari awal ramadan and sampela dah raya ni, memang hampeh, kesimpulan die, Syawal 2009 tidak beerti bagiku. Maaf Ramadan dan Syawal, sambutan terhadapmu kurang meriah sedikit.


2.
Jalan jem tak abis abis-abis.

What the hell, wei kate dah maju, tapi nape masih jem lagi wei. Rupe macam orang tak penah beraya, apekejadanya wei kate dah maju, dah advance, tapi gaya nak sambut raya macam tak penah sambut raya. Balik-balik ke Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Masjid India and event Kajang yang kocik tu pun nak jem, what the hell wei. Advance la sikit, grow up la wei, bulan bek and hari bek patut okla walaupun semangat raya ngalahkan budak-budak, berubahla wei. Kalau nak cerita pase nak balik raya, lagila macam hampeh. Mentang-mentang you drive BWM, Mercedez, keta besa-besa wei highway tu bukan ko punya wei, sila ikut undang-undang yek. Lorong kiri bukan kecemasan, bukan lorong nak cepat. Sempat sampe raya kalau ikut peraturan wei.


3.
Tiada semangat silaturahim di hari raya.

Ni lagi beh nk mengutuk ni, memang takde pun, dahla tepaksa drive dari KL ke seremban tok beraya kat umah sedara, dengan jalan jem, sampe-sampe die bagi makan kuih je. Wei kate buat open house, ni open balang kuih je wei, kalau tak mau buat, cakap je kitorang tak datang, jangan wat camtu, meningkatkan kadar makian je dihari raya nanti. Tak bek, bulan bek ni, watla ikhlas sedikit tok orang datang, janganla wat camtu, tak bek woooo. Em itu baru pegi umah sedara, ni pegi umah jiran lagi beh, datang-datang je die kasi sampul duit raya, kasi duit raya je!!! wei aku dah keje and i have my own money, kalau nak paw duit raya aku tak datang la. Lebih rela aku duk umah and layan movie yg beh. Em entahla, makin lama makin ilang semangat silaturrahim di KL or di bandar ni, aku lebih rela duk kat ulu kalau sambutan lagi beh and die pny smgt silaturrahim kaw punya. Takpela, this is the last time I will celebrate my Hari Raya at KL, after this aku kan beraya di Ulu hehe em Ulu pe, rahsia semua.


4.
Nothing special without u....

Last ni, kalau tak konpem tak berenti karang ni, ngah emosi ni haha em yang last ni sebab kene raya sorang-sorang kat KL ni, before this always celebrate with her, so taun ni bile die takde, fuh macam keilangan sangat-sangat tu. Yelah lepas solat raya and wat aktiviti syahdu kat umah, terus wat ronggeng raya ngan die, dari 1 umah ke 1 umah. Memang beh walaupun penat, tapi puas woo dapat berjalan raya ngan die. But this year, it's like I totally don't know what to do la without her... em miss u soo much this time... (takleh tulis panjang-panjang, petang tadi dah gayut lame dekat 4 jam huhu abis rm50 ku huhu).


Okla no, tak bek mengutuk waktu raya ni, sebab bile kite takleh terime sesuatu tanda kita tak besyukur so this kutuk2 hanyala luahan sementara but the important is, raya tetap raya ma, so kene sambut dengan hati tebuka. Pape pun, sebagai penutup, rindu gile raya kat umah lama...
Banyak kenangan disitu... uuu miss all that time again....

p/s: Sebenanya ngan hemo ni sebab satu je, tak puas raya tanpa 'dia' hehe em eh, sape 'dia' ni ek???

Rindu beraya kat umah ateh ni (T-T)
Insan Masih Emosi,
Benji1629.

0 comments: