BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 17, 2009

Raya nak dekat wei!!

Asalamualaikum wbt.

Em raya nak dekat, tinggal berapa ari je lagi ha. Jadi ape lagi kawan, bersediakah anda tok beraya kalini hehe. Arini ari kamis dah, dh puasa yang ke 27, tak saba nak raya tapi lagi tak sabar yelah nak cuti dan pulang ke kampung tok beraya hehe. Mesti rame kawan-kawan yang dah beli tiket bas, servis kereta tok perjalanan jauh dan mesti rame gakla yang sedang meng'ayat' kawan tok tumpang balik nek keta (nak jimat la tu haha). Walau apapun, balik naik bas la yang paling beh, ade semangat nak beraya gila babat punyala hehe dengan lagu raya yang dipasang, orang kiri, kanan, depan dan belakang sibuk menyanyi walau suara tak sedap, memang menambah suasana raya yang dasat di dalam bas hehe.


18hb sok, mesti rame yang gerak esok. Dengan kerajaan katanya nak kasi tol percuma, isy baiknya kerajaan akuni haha memang konpem sok jalan jem punyala. Die selalu jem bile rame umat manusia nak bergerak ke utara atau ke selatan (pantai timur xtaw, tak penah ke sana time beraya k) dan selalu berlaku di waktu malam selepas berbuka puasa. Cuma dinasihatkan kepada semua orang islam yang nak balik beraya tu, pelan-pelan bawak keta and always be patient k. Jangan nak cepat sampe accident banyak di highway. Sayangi mereka yang menantikan kepulangan anda yek huhu. Pakcik kat bawah ni akan sentiasa usha anda di highway k hahaha.


Walau apapun, sentiasa happy la yek nak balik beraya ni. Semoga raya kalini membawa makna kepada semua umat islam. Berhati-hati di jalan raya, dan banyak besaba ketika memandu. Berhenti rehat di station petronas dan dapatkan hidangan percuma (chewah promosi company nampak hehe). Okla, ni adalah debaran nak beraya so, akan de banyak sambungan selepas ini. Chow dulu yek hehe.

Insan nak beraya,
Benji1629.

0 comments: