BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 31, 2009

Cuti Sangat Best.

Asalamualaikum wbt.

Hai, berjumpa lagi kita sebelum kita melangkah ke bulan baru di tahun 2009 ini. Puasa pun sudah hampir masuk ke hari 11 sudah. Tak sangka masa begitu cepat berlalu dan tanpa kita sedari ia telah lama meninggalkan kita. Rasa begitu sebak bila mengenangkan bulan Ramadan akan berlalu meninggalkan kita lagi...

Tapi walau apapun, berlalunya Ramadan akan datangnya Syawal (chewah, puasa baru berapa hari beb, dah pikiaq mau raya no0 haha..) tapi tak kesahla, raya punya pasal semua orang akan gembira dan bahagia tak kira tua atau muda mahupun yang muda remaja haha.. Mengenang kembali, bulan Ramadan ni memang besh, ni baru nak cerita la ni tentang bulan Ramadan. Bulan Ramadan yang paling beh yelah apekah, mestila tentang malam terawihnya. Setiap malam Ramadan ada malam terawih dan ada nikmat tertentu bagi mereka yang menunaikan solat sunat terawih. Solat terawih ni bukan pe, die sebab buat beramai-ramai dimalam ari, dan penuh dengan budak-budak, abang kakak, ibu ayah dan atuk nenek tapi kalau kat kuala lumpur ni, disertai sekali dengan mamat pendatang asing la yek haha. Jadi memang meriah la katakan, feling tu memang akan de punyala, sape yang kate takde tu, sile la check hati anda yek haha.

Tadi tu baru pasal solat terawih, yang kedua best yelah time nak berbuka. Bermacam-macam lauk dan kuih dijual. Sampai yang kurus leh jadi gemuk, dan yang gemuk jadi montel taw haha. Menambaha rezeki bagi mereka yang ingin berniaga di bulan puasa dan menambah rezeki tok behari raya nanti. Teringat antara yang peberet orang beli yelah ayam percik, roti john, murtabak, kuih karipap dan apam dan lauk-lauk tok berbuka nanti. And memang berbuka abisla kalau semua yang diatas dibeli dengan jayanya haha. Walau apapun, kita digalakkan agar berserdehana dalam membeli, kerana bulan Ramadan adalah bulan melatih diri dalam menahan hawa nafsu, termasukla nafsu makan, membeli dan melihat juadah (nafsu yang lg 1 tu memang konpem kene tahan wakaka).


Yang ketiga yelah bile nak beraya esok, percayalah cakap dirini. Memang meriah sungguh. Start minggu kedua dan seterusnya, dah sibuk dah dengan baju rayanya, kuih rayanya, cuti rayanya and macam-macam lagilah. Contoh macam aritu la, baru 8 hari puasa, Sogo, Jalan TAR, Masjid India, humang aih, ramai sungguh umat manusia pergi membeli belah. Sampai dirini tak dapatla nak shoping jap aritu dek kerana penuh sangat umat manusianya. Bermacam gelagat dik oit, dari yang muda sampai yang tua, macam-macam ada haha. Itula yang lebihnya bulan puasa ni, walaupun penat berpuasa, semangat nak raya tu memang tinggi. Tak kira la cukup puasa ke idak hehe.

Yang keempat dan terakhir, tak larat nak taip ni, bos dah usha dari tadi ni hehe em yang last ni mestila suasana balik kampung time nak beraya nanti. Fulamak, suasana balik kampung tu, lain dari yang lain. Memang best tengok keta bergerak ke utara, selatan dan timur, dengan kuantiti yang banyak. Dah macam semut taw, tambah lagi bila dah jem haha. Suasana ni hanya boleh diperolehi bile raya dah dekat, lepas berbuka yakni waktu malam, dan di hentian rehat atau stesen minyak. Konpem banyak keta yang tersadai hehe. Okla, ni jelah bos dah jd godzila dalam opis die tu, tapi sebelum tu, ni gambo jalan jem haha.


Okla, sampai disini sahaja pagi ni dulu, nanti-nanti sambung balik yek.
Salam.

Pekerja yang berpuasa,
Benji1629.

0 comments: