BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 24, 2009

Keputusan Liga EPL!

Asalamualaikum wbt semua.

Em, pada post yang kali ini adalah mengenai Liga Perdana Inggeris. Baru masuk 2 minggu, tapi sudah 3 game. Ini barulah dapat update sikit hehe... em dirini penyokong kelab ape, biarlah dirahsiakn ye, sebab lebih senang hendak diceritakan semua keputusan game pada sabtu dan ahad yang lepas.

Game pada last weekend lepas, memang best semua. Cume yang hendak dikongsikan sini adalah game mengenai Machester United dengan Chelsea. Dua team yang dikatakan pesaing hangat pada musim 2009/2010 kerana keadaan Arsenal yang dikatakan terumbang-ambing dan keadaan Liverpool yang dikatakan menghadapi masalah kewangan. Baiklah, berbalik pada 2 game ini (yang sempat ditonton haha..) MU dikatakan nampak kurang menyengat sikit. Mungkin kerana ketiadaan Christiano Ronaldo jadi pergerakan pemain MU kurang lancar sedikit. Tapi andai dinilai semula kesebelasan utama, yang boleh dirini katakan tentang MU adalah, hanya Nani dan Wayne Rooney sahaja yang boleh diharapkan, yang lain kurang menyengat sedikit, terutama Berbatov yang nampak lebih banyak menunggu bola dari mencari bola. Walau apapun, kemenangan 5-0 ke atas Wigan memang melihatkan MU sudah mula 'panas' dan mengejar Arsenal dan Chelsea yang telah menang semua game awal mereka.

Kepada Chelsea, Carlo Ancelloti dilihat berjaya membuat permainan Chelsea lebih kemas dan pengawalan bola lebih baik. Cuma pada dirini la, Chelsea harus bermain dengan lebih aggressive sedikit, dengan kawalan bola yang baik dan kemas, serta permainan yang laju dan aggressive boleh membuatkan Chelsea nampak lebih garang dan boleh menjaringkan dengan lebih banyak gol. Andai Chelsea terus bermain seperti ini, sudah pasti game Chelsea tiada siapa mahu tonton, bosan dari awal sampai habis. Jadi Chelsea, berubahla hahaha...

Okla, cukup update kalini, andai dirini mempunyai lebih banyak masa, akan dirini ceritakan lebih banyak lagi tentang bola seperti tentang Machester City, Burnley dan lain-lain team lagi. Tapi buat masa ini, ini sahajalah dapat diceritakan sekarang. Sekian. Terima Kasih.

Berjumpa lagi kita nanti, sekian Salam!!!

0 comments: