BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 22, 2009

Selamat Bepuasa!

Asalamualaikum wbt semua..

Hai, berjumpa lagi kita kalini yek em tak sangka sudah masuk bulan Ramadan pada tahun ni
tak sangka dan memang tak sangka pun hehe...
Mana tak sangkanya kalau sudah 3 tahun memulakan puasa di perantauan tapi kalini mula berpuasa di rumah hehe itu best sangat-sangat tu sebab berpuasa di rumah hehe
Bila diingatkan kembali, puasa kalini memang membawa seribu makna yang tersirat dihati em yelah kan, setelah 3 tahun dirini merasa berpuasa jauh dari rumah, tiba-tiba dapt berpuasa kembali di rumah, tambah lagi dengan bermacam peristiwa yang berlaku sepanjang 1 tahun yang lepas, rasa bersyukur sangat-sangat dapat berpuasa di rumah hehe..

Bila dikenangkan puasa tahun lepas dengan puasa pada tahun ini, memang banyak berbeza...
Berbeza kerana pada tahun lepas, ketika berbuka puasa, berbuka dengan kawan-kawan yang sama-sama merantau mencari ilmu di universiti... sangat-sangat meriah kerana bukan selalu dapat melalui saat-saat yang begitu... kawan-kawan dengan juadah masing-masing, dengan keletah yang masing-masing, tapi paling teringat pada 1 kawan yang suka buka lagu raya, walaupun raya masih lambat lagi haha...



Em kalini rasanya mungkin post entry yang paling panjang kut, sebab macam-macam nak cerita ni, sebelum berbuka puasa ni, em tak rasa ingin berbuka puasa bersama famili tersayang...
Moga Bulan Ramadan Al-Mubarak kalini, membawa seribu makna kepada semua muslimin dan muslimat, dan semoga kita dapat perbanyakkan lagi ibadah dibulan yang mulia ini...
Rindu rasanya saat-saat berbuka puasa beramai-ramai di kampung halaman yang tercinta...
entahla... bilakah masa itu akan kembali lagi...

Okla, Selamat Berpuasa kepada semua, jangan puasa yangyok taw kepada semua yang bersaiz besar hehe gurau sahaja, jangan terasa hati pulak yek...
okla, dah jam 5 petang, mahu ke bazar ramadan, pergi mencari murtabak...
hehe selamat berbuka puasa semua dan salam ramadan dari saya...

Asalamualaikum wbt..

0 comments: