BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 31, 2009

Tuah Manchester United??

Asalamualaikum wbt.

Bertemu kita pada kali ini untuk becerita tentang perlawanan panas dan hangat dua malam lepas iaitu antara Manchester United dan Arsenal. Satu perlawanan yang mendebarkan dan penuh aggressive antara kedua-dua team. Sejak awal permulaan game sampe ke habis, serangan demi serangan begitu pantas dilancarkan oleh kedua-dua team. Hebat dan best la tonton, tak sedar masa berlalu.

Tapi, yang hendak diceritakan kalini adalah tentang corak perlawanan yang ditunjukkan oleh kedua-dua team. Lebih baik dimulakan dengan Manchester United ye, kerana bermain di Old Trafford dan ternyata MU telah menang dengan mengalahkan Arsenal 2-1 di tempat sendiri kalau tidak malu besar wooo haha, tahniah. Tapi walaupun menang, ternyata corak permainan Mu malam semalam adalah sangat kasar dan MU lebih berminat untuk membuat terjahan untuk mendapat bola, dan tidak cuba melakukan cubaan yang lebih terhormat. Tidak berapa suka corak perlawanan sebegitu kerana pemain lawan akan lebih membiarkan bola terlepas dari terus bersaing kerana tidak mahu mendapat cedera yang teruk. Fletcher, Carrick, Evra, Valencia semua lebih berminat membuat terjahan untuk menghalang kemaraan pemain Arsenal dari menyerang kubu mereka. Dan juga, agak pengecut juga kepada MU kerana apabila Arsenal menyerang, semua pemain akan turun ke pertahanan dan membuat satu garisan pertahanan umpama dinding untuk menghalang kemaraan pemain Arsenal. Jadi walaupun menang malam semalam, corak permainan ini amat tidak digalakkan kerana tidak dapat memaparkan corak permainan yang lebih bagus antara kedua belah pihak. Jadi MU anda sebenarnya 'bertuah' and not played very well last nigh k, remember that!!!

Dan untuk Arsenal, yeah mari membuat ulasan tentang Arsenal hehe. Em sebenarnya tok Arsenal, begitu kesal dirini kerana dilihatkan Arsenal seolah-olah menjual game kerana corak permainan itu bukan corak permainan sebenar Arsenal, corak yang lebih teratur dan lebih pantas. Corak permainan semalam lebih kurang sama dengan corak Chelsea sebelum kehadiran Ancelloti, tidak merangasan game dan menghasilkan lebih banyak peluang goal. Tapi tahniah pada Ashavin, goal anda sungguh-sungguh cantik dan deras haha tahniah yek. Dan pada Diabi, anda tidak silap cuma nasib tidak menyebelahi anda. Dan secara keseluruhan, Arsenal layak 'menang' semalam andai mutu perlawanan ditahap sepatutnya. Arsenal sepatutnya dapat penalti apabila Ashavin dijatuhkan, tapi apakan daya pengadil menjadi 'buta' malam kelmarin haha. Walau apapun, Arsenal tetap layak menang dan teruskan usaha anda.

Tok kritikan pengadil pula, pengadil seolah-olah berat sebelah semalam dengan lebih memihak kepada MU. Amat teruk penilaian pengadil semalam. Dimanakah penalti Ashavin, dimanakah kad anda apabila ramai pemain Arsenal diterjah, dan kenapa bile Arsenal bermain corak sebegitu banyak kad tok pemain Arsenal, kenapa, kenapa dan kenapa??? Hate all the decisions made by referee last night huhu T-T. Tak seimbang keputusan referee. Dan kenapa bila Arsene Wenger meluahkan kemarahan yang tidak ditujukan kepada sesiapa dihalau padang, kenapakah? So, pada referee, jangan berat sebelah yek, anda harus adil dan saksama ok. Jangan ulangi lagi di game akan datang.

So, sampai disini ulasan kalini, ulasan tok Chelsea dan Liverpool tak perlu saya ulas, tak sempat nak tengok dan ulas kuang2 haha. Okla, pape pun, teruskan berpuasa dan majulah sukan Malaysia.

p/s: Tak berapa sokong MU, jadi mungkin bias haha jangan marah hardcore fans MU k haha.

0 comments: